Thursday, 20 December 2012

SEJARAH PDK TAMAN EHSAN KEPONG

SEJARAH PDK TAMAN EHSAN, KEPONG




Koordinat : 3°13'13"N   101°37'34"E

   Pada tahun 2004, para ibu bapa komuniti Taman Ehsan telah bekerjasama memulakan usaha untuk menubuhkan sebuah pusat kanak-kanak istimewa iaitu PDK Taman Ehsan.  Sebelum penubuhan Pusat PDK Taman Ehsan ini, kebanyakkan murid pada asalnya belajar di Pusat PDK Selayang.  Ini diakui sendiri oleh Puan Shariffah Halidah selaku salah seorang sukarelawan di Pusat PDK tersebut.  Apabila bilangan murid semakin bertambah, maka pihak Pusat PDK Selayang telah mencadangkan agar diwujudkan sebuah Pusat PDK di Taman Ehsan.  Ini adalah kerana kebanyakkan murid tersebut datangnya dari sekitar Taman Ehsan.  Oleh yang demikian, usaha untuk menubuhkan pusat PDK telah dimulakn pada tahun 2004.

Langkah pertama yang dilakukan pada masa itu adalah menubuhkan sebuah jawatankuasa penaja dan mencari sebuah tempat yang sesuai untuk dijadikan bangunan PDK. Bagi memastikan hasrat untuk menubuhkan PDK menjadi kenyataan, rumah Tuan Haji Jamil (pengerusi sekarang) ini telah digunakan sebagai bangunan PDK Taman Ehsan.  Setelah bertapak di rumah tersebut, PDK Taman Ehsan telah berpindah ke sebuah kawasan dengan jasa baik Ketua Cawangan UMNO Taman Ehsan iaitu di sebuah bangunan yang berfungsi sebagai Bilik Gerakan UMNO Cawangan Taman Ehsan, Kepong.


SEJARAH PENUBUHAN

PDK Taman Ehsan telah memulakan operasinya secara “ad hoc” mulai 1 Julai 2005.  Penubuhannya adalah susulan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penaja serta penubuhan Jawatankuasa PDK Taman Ehsan yang telah diadakan di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Taman Ehsan Kepong pada 16 April 2005.  Akhirnya, pihak PDK Taman Ehsan telah mendapat kelulusan penubuhannya pada Oktober 2006.

Penubuhannya adalah bertujuan untuk menjalankan Program Pemulihan, Pembelajaran, Latihan dan Pembangunan untuk Kanak-kanak Kurang Upaya (KKU) dan Remaja Kurang Upaya (RKU) terutamanya kepada mereka yang Kurang Upaya Mental (Intellectually Disabled) dan Kurang Upaya Fizikal (Physically Disabled). Objektif program ini adalah untuk membimbing murid agar dapat mengurus diri sendiri tanpa bantuan sepenuhnya dari orang lain dan belajar untuk hidup berdikari apabila dewasa kelak.

Terdapat empat (4) kategori murid yang telah dikenalpasti di awal pengoperasian PDK ini ialah Autisme, Cerebral Palsy, slow Learner dan Down Syndrome.  Secara terperinci, terdapat 5 kes melibatkan kecacatan Autisme, 4 kes Cerebral Palsy, 1 Slow Learner dan 3 kes Down Syndrome. Walaupun jika diteliti dari nisbah guru : murid sememangnya tidak mencukupi dari segi pengendalian. Namun begitu, dengan adanya penyelia, 3 guru dan seorang pembantu pada waktu itu, kami dapat menguruskannya secara bersama-sama walaupun yang mendapat elaun hanyalah 3 orang sahaja. 

Kini Pusat PDK Taman Ehsan, mempunyai 16 orang murid yang berdaftar dan malangnya hanya ada 3 orang pengendali sahaja. Kesulitan ini berlaku kerana dua orang pengendali telah berhenti. Ini bermakna kami  bertiga terpaksa melakukan tugas mengajar, mengasuh dan bertugas di dapur. Kami telah memohon peruntukan guru tambahan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Namun begitu setakat ini tidak ada maklum balas dari pihak tersebut. Untuk mendapatkan pembantu pula, kami menghadapi masalah kerana tidak ramai yang sanggup mendekati golongan OKU kecuali kaum/ahli keluarga sendiri.  Kami juga menghadapi kesulitan kewangan untuk tujuan membayar gaji semua pekerja di PDK ini.


LAWATAN KE PDK

SERBA SEDIKIT MENGENAI PDK TAMAN EHSAN , KEPONG


CARTA ORGANISASI PDK TAMAN EHSAN, KEPONG

PENAUNG
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

PENASIHAT / PENYELARAS
PEGAWAI JKM DAERAH GOMBAK

PENGERUSI
TUAN HAJI JAMIL BIN HAJI MUSTAFA

SETIAUSAHA
ENCIK MOHD SYUKRI BIN IDRUS

BENDAHARI
ENCIK RAMLAN BIN OMAR
PUAN FAZLIANA BINTI SUFIAN

PENYELIA
PUAN SYARIFAH KHALIDAH HANAM

PETUGAS
PUAN ROKIAH
PUAN NAFISAH
PUAN ROSLINA
PUAN FAZLIANA

AHLI JAWATANKUASA
ENCIK ABD RAUF B. MOHD TAJURI
PUAN SARIPAH BT KUNJU AHMAD
RASYIDAH BT RAHMAN
PUAN CHONG YOKE KUM
PUAN ONG BEE LENG
PUAN WONG SEOW YEAN
ENCIK MOHD SUHAIRI B AHMAD SAUPIAN
PUAN AZIMAH ALI
PUAN POH POH LAN
PUAN CHONG KIM MAY
ENCIK SALLEHUDDIN BIN AHMAD
PUAN ALICE TAN AH SUAN

JURUAUDIT
MEGAT MUHAMMAD SYAHFIZ B. AHMAD
PUAN NOOR PIDA BTE HAJI RAIMI

 PELATIH

Autisme - 5 orang
Cebral Palsy - 4 orang
Down Syndrome - 3 orang
Slow Learner - 1 orang





 LAWATAN PESERTA PGSR AMBILAN NOV 2009  (KUMPULAN 3) PADA 20 DISEMBER 2012

  

Suhairi bersama saudara Arif mendengar taklimat dari penyelia PDK Taman Ehsan iaitu Pn. Sharifah (Kak Pah)

Duduk mendengar dari kiri Kak Hanim , Norzilawati dan Hafizan


Kak Rosnaini sedang melihat aktiviti yang sedang dilakukan oleh pelatih-pelatih OKU.


Ahli Kumpulan sedang melihat bilik terapi kerja yang ada di PDK Taman Ehsan

1 PERMULAAN


TAHNIAH KEPADA AHLI KUMPULAN 3










BERDIRI DARI KIRI : Rosnaini , AAzizah , Kak Syarifah , Arif , Norzilawati , Hafizan , Siti Aminah , Kak Hanim , Tan li li dan Azmin


SENARAI AHLI KUMPULAN 3

NAMA PDK                                 :  PDK TAMAN EHSAN , KEPONG.
PENSYARAH PEMBIMBING  :  DR. SHAHRUL ARBAIAH BINTI OTHMAN.

1) ARIF BIN ABD. GHANI                           : 019-9328067
2) AZIZAH BINTI MAN                                : 012-5748689
3) AZMIN BIN ISMAIL                                 : 013-5322373
4) HAFIZAN BIN MUNIER                          : 019-2359538
5) NORHANIM BINTI TAHA                       : 012-3736387
6) NORZILAWATI BINTI MESIR                : 012-7469853
7) ROSNANI BINTI OTHMAN                    : 017-2924991
8) SITI AMINAH BINTI MOHD. BASRI      : 019-2365144
9) SUHAIRI BIN ABU BAKAR                     : 012-3480771
10) TAN LI LI                                                 : 012-3557321


NOTA : PENSYARAH PEMBIMBING BOLEH DIHUBUNGI MELAUI
HP: 019 - 019-6017012

Sebarang masalah sila hubungi :
Suhairi Abu Bakar (012-3480771)
suhairi.abubakar@yahoo.com