Friday, 1 February 2013

DEMI NEGARA YANG TERCINTA.

DICURAHKAN BAKTI PENUH SETIA

Demi memastikan aktiviti Khidmat Siswa di PDK Taman Ehsan dilaksanakan dengan jayanya , satu perjumpaan bersama Tuan Pegerusi telah dilakukan sebentar tadi dengan dihadiri oleh 3 cabang utama iaitu Cabang Kepong (Saudari Tan Li Li) Cabang Subang ( Saudari Zila ) Cabang Rawang (Suhairi ).

Perjumpaan telah dijalankan dalam suasana yang santai. Beberapa dokumen telah ditandatangani oleh Tuan Pengerusi PDK Taman Ehsan . Sehubungan dengan itu kepada Semua Ahli  , ketua - ketua bahagian dan cabang-cabang kumpulan diminta membuat tidakan drastik selepas menerima salinan dokumen yang akan dihantarkan oleh S/U kumpulan 3 tidak lama lagi



Gambar 1: Perwakilan dari Cabang Subang dan Cabang Kepong sedang bergambar dihadapan PDK sambil menunggu Pengerusi tiba.


Gambar 2 : S/U Kumpulan sedang membentangkan beberapa kertas kerja kepada pengerusi untuk ditandatagani




Gambar 3 : Ketua Kumpulan 3 Dari cabang Rawang telah membuat beberapa penerangan tambahan kepada tuan pengerusi.


Catatan : bahasa yang digunakan oleh penulis di pengaruhi oleh mood pilihanraya (PRU 13) bahasa yang digunakan adalah bebas dan tidak melambangkan mana-mana parti politik.






Tuesday, 29 January 2013

MASALAH... MASALAH...MASALAH

Dah beberapa kali perkongsian maklumat bersama Setiausaha Kumpulan 3 (zila) tergendala , saya sedang mengalami masalah untuk mengekses email saya.. Memang agak terganggu dengan masalah ini. Namun masalah ini dapat diatasi baru semalam .. Thanks zila .. Tak lupa juga terimakasih Diucapkan pada Ahli pasukan kita (Cabang Kepong) kerana komitmennya yang telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan Dr. Jemah . Terima kasih Lili..
berikut adalah surat yang telah digunakan semasa membuat jemputan terhadap Dr. berkenaan:-
 
Dan kepada semua ahli Kumpulan 3 seluruh negara : surat memohon sponser bersama kertas kerja akan diedarkan dalam masa terdekat melalui Setiausaha.

Saturday, 12 January 2013

BERIKUT IALAH ANGGOTA YANG TELAH DILANTIK MENYEDIAKAN KERTAS KERJA MENGENAI AKTIVITI YANG BAKAL DILAKSANAKAN DI PDK KELAK.

pertama :-



AZIZAH BINTI MAN    : 012-5748689 
KERTAS KERJA HOME BASED
http://www.scribd.com/doc/120140186 
kedua:-



SITI AMINAH BINTI MOHD. BASRI : 019-2365144
KERTAS KERJA AKADEMIK
( CERAMAH PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF )

ketiga:-

HAFIZAN BIN MUNIER: 019-2359538
  KERTAS KERJA KECERIAAN
http://www.scribd.com/doc/120222270































Sunday, 6 January 2013

CONTOH SURAT YANG TELAH DIKELUARKAN DAN DITERIMA PAKAI SEMASA PROSES MENDAPATKAN MAKLUMAT .

CATATAN : SURAT INI JUGA BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI TAMBAHAN SEBAGAI PENGENALAN SEMASA MEMOHON SUMBANGAN NAMUN SURAT DARI PDK PERLU DIUTAMAKAN BERSAMA KERTAS KERJA YANG TELAH DI TANDATAGANI.

Gambar 1:- Contoh surat yang telah diemailkan oleh Th. Jamau (diterima pakai sebagai pengenalan diri)
PERJUMPAAN BERSAMA PENGERUSI PDK TAMAN EHSAN KEPONG
TUAN HAJI JAMIL BIN HAJI MUSTAFA pada Sabtu 5 Januari 2012

 GAMBAR 1:Pengerusi PDK Taman Ehsan bergambar bersama dengan penyelia iaitu merupakan isteri beliau.


GAMBAR 2: Saya (wakil kumpulan 3)   bergambar bersama pengerusi PDK Taman Ehsan


PERBINCANGAN RINGKAS MENGENAI AKTIVITI YANG BAKAL DILAKSANAKAN OLEH KUMPULAN 3 PADA MAC 2013.

PERHATIAN UNTUK AHLI KUMPULAN TERLIBAT:
WAKIL TERLIBAT.

PERKARA PERTAMA :-

 Gambar 3: Saudari Tan Li Li (wakil Kawasan Kepong) 

Pihak PDK sangat bersetuju dengan tajuk yang telah dipersetujui secara bersama pada awal perjumpaan tempoh hari, memandangkan doktor yang di cadangkan adalah dari Klinik Kesihatan Taman Ehsan jadi saya sebagai wakil kumpulan memohon jasa baik ahli kumpulan yang berada di Kawasan Kepong Iaitu Tan li li untuk mengadakan temujanji awal dan berjumpa Doktor yang dicadangkan iaitu Dr. Jemah. (setakat yang dimaklumkan oleh penyelia)

berikut ialah maklumat awal mengenai Klinik Kesihatan Taman Ehsan Yang telah saya lawati (memandangkan hari sabtu : klinik tutup)



Alamat : Jalan E4/16 Taman Ehsan
51000 Kepong
Kuala Lumpur

Tel : 03-62727471
Faks : 03-62778617

CATATAN : Pihak Kita diminta olek pihak PDK untuk membuat surat permohonan mengadakan ceramah . Sebarang surat menyurat boleh hubungi Setiausaha kumpulan Saudari Norzilawati Binti Mesir (012-7469853) .



GAMBAR 4: Setiausaha kumpulan 3 (Norzilawati )

PERKARA KEDUA : PERMOHONAN SUMBANGAN

Sekiranya pihak kumpulan kita bercadang untuk mengadakan surat permohonan untuk mendapatkan sumbangan dari pihak luar pihak kumpulan kita dikehendaki membuat surat namun perlu ditandatagani oleh Pihak PDK dan beserta kertas kerja (seperti mana yang ditaklimatkan oleh pensyarah).

CATATAN : Mohon kepada S/U untuk respon kepada kertas kerja setiap aktiviti untuk diemailkan kepada Pengerusi PDK .







 

Thursday, 20 December 2012

SEJARAH PDK TAMAN EHSAN KEPONG

SEJARAH PDK TAMAN EHSAN, KEPONG




Koordinat : 3°13'13"N   101°37'34"E

   Pada tahun 2004, para ibu bapa komuniti Taman Ehsan telah bekerjasama memulakan usaha untuk menubuhkan sebuah pusat kanak-kanak istimewa iaitu PDK Taman Ehsan.  Sebelum penubuhan Pusat PDK Taman Ehsan ini, kebanyakkan murid pada asalnya belajar di Pusat PDK Selayang.  Ini diakui sendiri oleh Puan Shariffah Halidah selaku salah seorang sukarelawan di Pusat PDK tersebut.  Apabila bilangan murid semakin bertambah, maka pihak Pusat PDK Selayang telah mencadangkan agar diwujudkan sebuah Pusat PDK di Taman Ehsan.  Ini adalah kerana kebanyakkan murid tersebut datangnya dari sekitar Taman Ehsan.  Oleh yang demikian, usaha untuk menubuhkan pusat PDK telah dimulakn pada tahun 2004.

Langkah pertama yang dilakukan pada masa itu adalah menubuhkan sebuah jawatankuasa penaja dan mencari sebuah tempat yang sesuai untuk dijadikan bangunan PDK. Bagi memastikan hasrat untuk menubuhkan PDK menjadi kenyataan, rumah Tuan Haji Jamil (pengerusi sekarang) ini telah digunakan sebagai bangunan PDK Taman Ehsan.  Setelah bertapak di rumah tersebut, PDK Taman Ehsan telah berpindah ke sebuah kawasan dengan jasa baik Ketua Cawangan UMNO Taman Ehsan iaitu di sebuah bangunan yang berfungsi sebagai Bilik Gerakan UMNO Cawangan Taman Ehsan, Kepong.


SEJARAH PENUBUHAN

PDK Taman Ehsan telah memulakan operasinya secara “ad hoc” mulai 1 Julai 2005.  Penubuhannya adalah susulan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penaja serta penubuhan Jawatankuasa PDK Taman Ehsan yang telah diadakan di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Taman Ehsan Kepong pada 16 April 2005.  Akhirnya, pihak PDK Taman Ehsan telah mendapat kelulusan penubuhannya pada Oktober 2006.

Penubuhannya adalah bertujuan untuk menjalankan Program Pemulihan, Pembelajaran, Latihan dan Pembangunan untuk Kanak-kanak Kurang Upaya (KKU) dan Remaja Kurang Upaya (RKU) terutamanya kepada mereka yang Kurang Upaya Mental (Intellectually Disabled) dan Kurang Upaya Fizikal (Physically Disabled). Objektif program ini adalah untuk membimbing murid agar dapat mengurus diri sendiri tanpa bantuan sepenuhnya dari orang lain dan belajar untuk hidup berdikari apabila dewasa kelak.

Terdapat empat (4) kategori murid yang telah dikenalpasti di awal pengoperasian PDK ini ialah Autisme, Cerebral Palsy, slow Learner dan Down Syndrome.  Secara terperinci, terdapat 5 kes melibatkan kecacatan Autisme, 4 kes Cerebral Palsy, 1 Slow Learner dan 3 kes Down Syndrome. Walaupun jika diteliti dari nisbah guru : murid sememangnya tidak mencukupi dari segi pengendalian. Namun begitu, dengan adanya penyelia, 3 guru dan seorang pembantu pada waktu itu, kami dapat menguruskannya secara bersama-sama walaupun yang mendapat elaun hanyalah 3 orang sahaja. 

Kini Pusat PDK Taman Ehsan, mempunyai 16 orang murid yang berdaftar dan malangnya hanya ada 3 orang pengendali sahaja. Kesulitan ini berlaku kerana dua orang pengendali telah berhenti. Ini bermakna kami  bertiga terpaksa melakukan tugas mengajar, mengasuh dan bertugas di dapur. Kami telah memohon peruntukan guru tambahan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Namun begitu setakat ini tidak ada maklum balas dari pihak tersebut. Untuk mendapatkan pembantu pula, kami menghadapi masalah kerana tidak ramai yang sanggup mendekati golongan OKU kecuali kaum/ahli keluarga sendiri.  Kami juga menghadapi kesulitan kewangan untuk tujuan membayar gaji semua pekerja di PDK ini.


LAWATAN KE PDK

SERBA SEDIKIT MENGENAI PDK TAMAN EHSAN , KEPONG


CARTA ORGANISASI PDK TAMAN EHSAN, KEPONG

PENAUNG
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

PENASIHAT / PENYELARAS
PEGAWAI JKM DAERAH GOMBAK

PENGERUSI
TUAN HAJI JAMIL BIN HAJI MUSTAFA

SETIAUSAHA
ENCIK MOHD SYUKRI BIN IDRUS

BENDAHARI
ENCIK RAMLAN BIN OMAR
PUAN FAZLIANA BINTI SUFIAN

PENYELIA
PUAN SYARIFAH KHALIDAH HANAM

PETUGAS
PUAN ROKIAH
PUAN NAFISAH
PUAN ROSLINA
PUAN FAZLIANA

AHLI JAWATANKUASA
ENCIK ABD RAUF B. MOHD TAJURI
PUAN SARIPAH BT KUNJU AHMAD
RASYIDAH BT RAHMAN
PUAN CHONG YOKE KUM
PUAN ONG BEE LENG
PUAN WONG SEOW YEAN
ENCIK MOHD SUHAIRI B AHMAD SAUPIAN
PUAN AZIMAH ALI
PUAN POH POH LAN
PUAN CHONG KIM MAY
ENCIK SALLEHUDDIN BIN AHMAD
PUAN ALICE TAN AH SUAN

JURUAUDIT
MEGAT MUHAMMAD SYAHFIZ B. AHMAD
PUAN NOOR PIDA BTE HAJI RAIMI

 PELATIH

Autisme - 5 orang
Cebral Palsy - 4 orang
Down Syndrome - 3 orang
Slow Learner - 1 orang





 LAWATAN PESERTA PGSR AMBILAN NOV 2009  (KUMPULAN 3) PADA 20 DISEMBER 2012

  

Suhairi bersama saudara Arif mendengar taklimat dari penyelia PDK Taman Ehsan iaitu Pn. Sharifah (Kak Pah)

Duduk mendengar dari kiri Kak Hanim , Norzilawati dan Hafizan


Kak Rosnaini sedang melihat aktiviti yang sedang dilakukan oleh pelatih-pelatih OKU.


Ahli Kumpulan sedang melihat bilik terapi kerja yang ada di PDK Taman Ehsan